Posts

Showing posts from October, 2018

KERJAYA

Image
HALATUJU SELEPAS PT3  Ramai pelajar tertanya-tanya selepas PT3, apakah haluan yang perlu dilalui selain daripada meneruskan tingkatan 4 di sekolah masing-masing. Di sini saya kongsikan kepada pelajar-pelajar tingkatan 3 sebagai makluman ke mana tempat yang boleh ditujui dan syarat permohonan. KEMASUKAN KE SBP - Permohonan dibuka bermula 1 November 2018 hingga 16 Disember 2018. - Permohonan boleh dibuat di laman web: https://sst4.moe.gov.my - Syarat kelayakkan:   1) Warganegara Malaysia   2) Bersekolah di sekolah kerajaan / Sekolah Agama Bantuan Kerajaan   3) Cemerlang akademik (minimum Gred A bagi 6 mata pelajaran & sekurang-kurangnya Gred C       bagi mata pelajaran yang lain).   4) Lulus saringan / temuduga (hanya di KISAS).   5) Aktif dalam kokurikulum MAKTAB TENTERA DIRAJA - Permohonan dibuka bermula 2 Julai 2018   hingga 21 Disember 2018 - Permohonan boleh dibuat di laman web: http://www.rmc-education.edu.my ...

PENAMPILAN DIRI

Image
Bagaimana menjaga penampilan diri seorang pelajar? LELAKI 1) Sentiasa berpakaian kemas Berpakaian sentiasa mengikut peraturan sekolah. memastikan tandanama & lencana dipasang dengan betul. Manakala tali leher hendaklah diikat dengan kemas iaitu tidak terlalu panjang atau terlalu pendek. 2) Rambut disikat dengan rapi Sentiasa memakai minyak atau cream rambut agar sentiasa nampak segak. 3) Memakai minyak wangi Minyak wangi juga penting supaya pelajar nampak sentiasa confident. PEREMPUAN 1) Sentiasa berpakaian kemas Pakaian pelajar perempuan mestilah tidak jarang dan bersesuaian dengan status seorang pelajar. 2) Tudung yang menutup aurat Iaitu tudung yang tidak terlalu singkat dan tidak terlalu nipis. 3) Memakai minyak wangi Minyak wangi yang baunya agak lembut bersesuaian dengan pelajar perempuan.