HALATUJU SELEPAS SPM

KEMANAKAH HALATUJU PELAJAR SPM ?

Selepas SPM pelajar tingkatan 5 boleh menyambung pelajaran dengan memohon:
1) Matrikulasi (syarat mengambil subjek matematik tambahan)
2) UPU - Universiti Awam, Politeknik, Kolej komuniti & ILKA
3) IPG - Institusi Pendidikan Guru
4) IPTS - Institusi Pendidikan Tinggi Swasta

Manakala Tingkatan 6 adalah tawaran dan bukannya permohonan. Semakan boleh dibuat di laman web KPM https://sst6.moe.gov.my Sebarang pengumuman berhubung dengan semakan tawaran ke tingkatan 6 akan diumumkan di Portal Rasmi KPM.


1) MATRIKULASI

PROGRAM MATRIKULASI DAN JURUSAN YANG DITAWARKAN

1) Program Matrikulasi Sistem Dua Semester
(1) Jurusan Sains
(2) Jurusan Kejuruteraan
(3) Jurusan Perakaunan
(4) Jurusan Perakaunan Profesional (Bumiputera Sahaja)

2) Program Matrikulasi Sistem Empat Semester
(1) Jurusan Sains (Bumiputera sahaja)

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

1) Pemohon mesti berumur tidak melebihi 20 tahun pada 1 Januari 2019
2) Pemohon mesti mendaftar mata pelajaran berikut dalam peperiksaan SPM tahun 2018
    
(1) Jurusan Sains
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia dan salah satu mata pelajaran sama ada Fizik atau Biologi.

(2) Jurusan Kejuruteraan
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia, Fizik dan satu (1) daripada mata pelajaran seperti yang berikut: 
Biologi / Sains Tambahan / Teknologi Kejuruteraan / Pengajian Kejuruteraan awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Asas Kelestarian / Sains Pertanian / Pertanian / Ekonomi Rumah Tangga / Sains Rumah Tangga / Reka Cipta / Teknologi Maklumat Dan Komunikasi / Sains Komputer / Sains Sukan / Lukisan Kejuruteraan / Grafik Komunikasi Teknikal / Prinsip Perakaunan / Ekonomi asas / Ekonomi / Perdagangan / Perniagaan.

(3) Jurusan Perakaunan
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan. Pemohon juga perlu mengambil mana-mana dua (2) mata pelajaran seperti berikut:
Fizik / Kimia / Biologi / Sains Tambahan / Teknologi Kejuruteraan / Asas Kelestarian / Sains  Pertanian / Pertanian / Ekonomi Rumah Tangga / Sains Rumah Tangga / Reka Cipta / Teknologi 
Maklumat Dan Komunikasi / Sains Komputer / Sains Sukan / Lukisan Kejuruteraan / Grafik 
Komunikasi Teknikal / Prinsip Perakaunan / Ekonomi asas / Ekonomi / Perdagangan / Perniagaan /     Pendidikan Syariah Islamiah / Tasawwur Islam / Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik.

    
(4) Jurusan Perakaunan Profesional
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan. Pemohon juga perlu mengambil mana-mana dua (2) mata pelajaran seperti berikut:
Fizik / Kimia / Biologi / Sains Tambahan / Teknologi Kejuruteraan / Asas Kelestarian / Sains  Pertanian / Pertanian / Ekonomi Rumah Tangga / Sains Rumah Tangga / Reka Cipta / Teknologi 
Maklumat Dan Komunikasi / Sains Komputer / Sains Sukan / Lukisan Kejuruteraan / Grafik 
Komunikasi Teknikal / Prinsip Perakaunan / Ekonomi asas / Ekonomi / Perdagangan / Perniagaan /     Pendidikan Syariah Islamiah / Tasawwur Islam / Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik.


SYARAT KELAYAKAN MINIMUM PROGRAM MATRIKULASI DUA SEMESTER
Memperoleh sekurang-kurangnya gred berikut dalam SPM 2018

(1) Jurusan Sains
C    Bahasa Melayu
C    Bahasa Inggeris
B    Matematik
C    Matematik Tambahan
C    Kimia 
C    Fizik atau Biologi
Lulus Sejarah

(2) Jurusan Kejuruteraan
C    Bahasa Melayu
C    Bahasa Inggeris
B    Matematik
C    Matematik Tambahan
C    Fizik
C    dalam satu daripada mata pelajaran berikut:
Biologi / Sains Tambahan / Teknologi Kejuruteraan / Asas Kelestarian / Sains Pertanian / Pertanian / Ekonomi Rumah Tangga / Sains Rumah Tangga / Reka Cipta / Teknologi Maklumat Dan Komunikasi / Sains Komputer / Sains Sukan / Lukisan Kejuruteraan / Grafik Komunikasi Teknikal / Prinsip Perakaunan / Ekonomi asas / Ekonomi / Perdagangan / Perniagaan / Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik.

Lulus Kimia

Lulus Sejarah



(3) Jurusan Perakaunan

C    Bahasa Melayu

C    Bahasa Inggeris

C    Matematik

C    Matematik Tambahan

C    dalam dua daripada mata pelajaran berikut: 

Fizik / Kimia / Biologi / Sains Tambahan / Teknologi Kejuruteraan / Asas Kelestarian / Sains Pertanian / Pertanian / Ekonomi Rumah Tangga / Sains Rumah Tangga / Reka Cipta / Teknologi Maklumat Dan Komunikasi / Sains Komputer / Sains Sukan / Lukisan Kejuruteraan / Grafik Komunikasi Teknikal / Prinsip Perakaunan / Ekonomi asas / Ekonomi / Perdagangan / Perniagaan / Pendidikan Syariah Islamiah / Tasawwur Islam / Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik.

Lulus Sejarah

(4) Jurusan Perakaunan Profesional


C    Bahasa Melayu

A    Bahasa Inggeris


A    Matematik

C    Matematik Tambahan

A dalam tiga daripada mata pelajaran berikut: 

Fizik / Kimia / Biologi / Sains Tambahan / Teknologi Kejuruteraan / Asas Kelestarian / Sains Pertanian / Pertanian / Ekonomi Rumah Tangga / Sains Rumah Tangga / Reka Cipta / Teknologi Maklumat Dan Komunikasi / Sains Komputer / Sains Sukan / Lukisan Kejuruteraan / Grafik Komunikasi Teknikal / Prinsip Perakaunan / Ekonomi asas / Ekonomi / Perdagangan / Perniagaan / Pendidikan Syariah Islamiah / Tasawwur Islam / Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik. 

Lulus Sejarah



    

SYARAT KELAYAKAN MINIMUM PROGRAM MATRIKULASI DUA SEMESTER

Memperoleh sekurang-kurangnya gred berikut dalam SPM 2018



(1) Jurusan Sains

C    Bahasa Melayu

C    Bahasa Inggeris

C    Matematik

Lulus Matematik Tambahan

Lulus Kimia
Lulus Fizik atau Biologi atau Komputer
Lulus Sejarah


CARA PERMOHONAN

1) Pemohon boleh membeli No.Pin di mana-mana kaunter BSN dengan bayaran RM10.00 dengan menggunakan no. kad pengenalan atau dokumen pengenalan yang digunakan untuk mendaftar masuk peperiksaan SPM tahun 2018 dengan Lembaga Peperiksaan.

2) Sila pastikan menerima resit bayaran sebelum meninggalkan kaunter yang mengandungi maklumat berikut:
   (i) Bayaran telah dibuat atas nama "Pengarah Bahagian Matrikulasi" ke nombor akaun 1410 0290 0021 1897.
   (ii) No.Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan yang sama seperti mendaftar masuk peperiksaan SPM tahun 2018 dengan Lembaga Pepereiksaan.
   (iii) No. Pin 5 digit

3) Pemohon juga boleh membuat bayaran Permohonan Melalui Internet (PMI) di mesin ATM BSN (bagi pemegang akaun GIRO / wadiah BSN sahaja). Sila ikut arahan di skrin mesin ATM tersebut.

4) No. Pin digunakan untuk mengemukakan permohonan Program Matrikulasi KPM dan juga untuk membuat pindaan atau pembetulan butiran permohonan. No. Pin ini hendaklah dirahsiakan.

5) Pemohon dikehendaki memasukkan nombor kad pengenalan dan diikuti dengan No. Pin untuk membuat permohonan.
6) Pemohon yang terlupa atau hilang No. Pin boleh mendapatkan No. Pin tersebut dengan membayar RM10.00 di mana-mana kaunter BSN.

7) Permohonan Program Matrikulasi KPM boleh dibuat melalui internet dengan melayari website matrikulasi.moe.gov.my mulai 19 Julai hingga 30 November 2018

8) Setelah selesai mengisi permohonan, sila klik butang 'HANTAR' dan 'CETAK' permohonan anda sebagai bukti penghantaran

9) Tarikh tutup permohonan ialah pada 30 November 2018


SEMAKAN PERMOHONAN
1) Pemohon boleh mengemaskini maklumat pada awal Februari 2018.
2) Pemohon boleh melayari website matrikulasi.moe.gov.my dalam tempoh 30 hari bekerja selepas pengumuman rasmi keputusan SPM dengan menggunakan No. Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan yang berdaftar dengan Lembaga Peperiksaan.



      2) UPU






















3) IPG - Institusi Pendidikan Guru
KPM membuka permohonan calon yang mempunyai kelulusan SPM mengikuti Program Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Calon yang mempunyai minat dalam profesion perguruan adalah digalakkan memohon.

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)
Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh KPM dalam pelbagai pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah.

Pemohon dikehendaki mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) selama 12 bulan atau 2 semester di IPG yang ditetapkan oleh KPM.

Pemohon yang lulus PPISMP akan diberikan sijil tamat PPISMP dan ditawarkan mengikuti pengajian PISMP selama 4 tahun atau 8 semester di IPG yang ditetapkan oleh KPM.

Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) dan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dilaksanakan secara Mod sepenuh masa.

SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS
1) Warganegara Malaysia
2) Berumur tidak lebih 20 tahun pada tarikh permohonan
3) Sihat tubuh badan
4) Aktif dalam kegiatan kokurikulum
5) Lulus SPM dengan memperoleh cemerlang (Gred cemerlang merangkumi gred A+, A dan A-) dalam mana-mana 5 mata pelajaran (syarat minimum).
6) Memperoleh sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah.
7) Lulus Bahasa Inggeris

Biasanya permohonan dibuka pada bulan MAC 2019, walau bagaimana pun pemohon dinasihatkan mendapatkan maklumat lanjut di Portal Rasmi KPM iaitu http://www.moe.gov.my


4) IPTS - Institusi Pendidikan Tinggi Swasta
Bagi pelajar yang ingin menyambung pelajaran di IPTS. Apa yang perlu diketahui ialah:
1) IPTS yang berdaftar dengan Kementerian Pengajian Tinggi.
2) Kursus pengajian yang ditawarkan itu masih sah laku.
3) Kursus pengajian diakreditasi oleh MQA.
4) Struktur yuran diluluskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi.
5) Kemudahan dan infrastruktur yang lengkap dan bersesuaian.
6) Kursus pengajian diiktiraf oleh JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam).
7) Disenaraikan dalam SETARA '09 Rating (untuk IPTS bertaraf kolej universiti atau universiti) atau MyQuest (untuk kolej swasta)

Semua saranan di atas adalah tips yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Jabatan Pengajian Tinggi juga menyarankan supaya pelajar meneliti perkara-perkara berikut untuk memilih IPTS yang paling sesuai:
1) Semak dan fahami terma dan syarat yang ditetapkan oleh IPTS berkenaan.
2) Melawat IPTS tersebut terlebih dahulu untuk melihat keadaan yang sebenarnya.
3) Hindari dari terpengaruh dengan macam-macam tawaran dan iklan-iklan yang disiarkan di akhbar (seperti pinjaman wang, wang saku, komputer riba percuma dan sebagainya).



Banyak lagi IPTS di Malaysia, pelajar boleh terus mohon di IPTS tersebut sama ada menggunakan borang atau online


Semoga semua pelajar berjaya di dalam SPM 2018..
 

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

PENAMPILAN DIRI

Kemasukan UPU 2019